Tuesday, February 17, 2009

Rauuuuuuuulllllllllllllll........

Raul padam rekod di Stefano

GIJON , Sepanyol – Raul Gonzalez berjaya memecahkan rekod jaringan sepanjang masa Real Madrid, kelmarin dengan melepasi rekod 307 gol yang dipegang oleh Alfredo di Stefano.
Raul menjaringkan dua gol ketika membantu Real menang besar 4-0 ke atas Sporting Gijon dalam Liga Sepanyol, kelmarin mencatat jaringan 309 gol sepanjang 15 musim dengan kelab itu.
Kapten Real berusia 31 tahun itu mengatasi rekod Di Stefano dengan menolak masuk lintangan pendek Sergio Ramos pada minit ke-15.
Dia kemudian menyambar tampanan bola bebas dalam kotak penalti pada minit ke-76 untuk melengkapkan jaringan di Stadium El Molinon.
Raul memerlukan 504 perlawanan sebenar dibandingkan dengan 401 milik Di Stefano untuk mencipta rekod itu.
Dia telah menjaringkan 216 gol liga, kelima terbaik dalam senarai sepanjang masa dan 11 gol dalam 18 perlawanan musim ini.
“Dia sentiasa di barisan utama perjuangan. Dia salah seorang yang berada di garisan, seorang yang yang memikul beban pasukan dan anda hanya mampu mengucapkan tahniah kepadanya,” kata jurulatih Real, Juande Ramos.
Raul juga merupakan penjaring utama sepanjang masa Sepanyol dengan 44 gol daripada 102 perlawanan antarabangsa dan menjadi penjaring utama sepanjang masa dalam pertandingan Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) dengan 66 gol, termasuk satu catatan utama, 64 dalam Liga Juara-juara.
Raul yang juga penjaring utama Liga Sepanyol pada musim 1998-99 dan 2000-01, bahkan memiliki rekod minit bermain yang mengatasi mana-mana pemain Real.
Real memenangi 12 piala dengan Raul, termasuk enam liga dan tiga Piala Eropah.
Di Stefano yang bermain di Real dari 1953-64, mengetuai lima gol termasuk empat musim berturut-turut dari 1955-59.
Pencapaian Raul juga mendapat penghargaan daripada pemain antarabangsa Itali, Alessandro Del Piero dan Paolo Maldini.
“Tiga ratus sembilan gol merupakan satu keputusan yang bersejarah, unik dan menakjubkan.
“Dia seorang juara yang hebat yang menunjukkan mutu yang menakjubkan selama beberapa tahun dan akan terus melakukannya buat satu masa yang panjang,” kata Del Piero kepada agensi berita Efe.
Maldini pula berkata, Raul kepunyaan ‘satu bangsa juara yang luar biasa’.
“Selain menjadi seorang juara yang hebat di padang permainan, himpunan golnya lebih daripada sebagai bukti pengesahan, dia contoh bagi semua pemain muda yang mahu menjadi pemain bola sepak,” kata benteng AC Milan itu. – AP

No comments: