Tuesday, February 24, 2009

Aku Bersyukur .....




Aku bersyukur.......

Tinggal di Malaysia yg aman ini.....

Aku bebas untuk membeli apa sahaja.....

Di mana-mana.......dan bila-bila yg ku mahu.....

Tidak seperti saudara-saudaraku di Gaza......

Apa yang mereka mahu.....tidak semestinya mereka dapat....

Apa yang mereka tidak mahu.......bila-bila masa mereka akan dapat.....

Apapun.......bersyukurlah dengan nikmat yg Allah kurniakan kepada kita......



pssttt: simpati saya melihat rakyat palestin ....terpaksa menjadi penyeludup untuk mendapatkan barang keperluan asas.....

Tuesday, February 17, 2009

Rauuuuuuuulllllllllllllll........

Raul padam rekod di Stefano

GIJON , Sepanyol – Raul Gonzalez berjaya memecahkan rekod jaringan sepanjang masa Real Madrid, kelmarin dengan melepasi rekod 307 gol yang dipegang oleh Alfredo di Stefano.
Raul menjaringkan dua gol ketika membantu Real menang besar 4-0 ke atas Sporting Gijon dalam Liga Sepanyol, kelmarin mencatat jaringan 309 gol sepanjang 15 musim dengan kelab itu.
Kapten Real berusia 31 tahun itu mengatasi rekod Di Stefano dengan menolak masuk lintangan pendek Sergio Ramos pada minit ke-15.
Dia kemudian menyambar tampanan bola bebas dalam kotak penalti pada minit ke-76 untuk melengkapkan jaringan di Stadium El Molinon.
Raul memerlukan 504 perlawanan sebenar dibandingkan dengan 401 milik Di Stefano untuk mencipta rekod itu.
Dia telah menjaringkan 216 gol liga, kelima terbaik dalam senarai sepanjang masa dan 11 gol dalam 18 perlawanan musim ini.
“Dia sentiasa di barisan utama perjuangan. Dia salah seorang yang berada di garisan, seorang yang yang memikul beban pasukan dan anda hanya mampu mengucapkan tahniah kepadanya,” kata jurulatih Real, Juande Ramos.
Raul juga merupakan penjaring utama sepanjang masa Sepanyol dengan 44 gol daripada 102 perlawanan antarabangsa dan menjadi penjaring utama sepanjang masa dalam pertandingan Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) dengan 66 gol, termasuk satu catatan utama, 64 dalam Liga Juara-juara.
Raul yang juga penjaring utama Liga Sepanyol pada musim 1998-99 dan 2000-01, bahkan memiliki rekod minit bermain yang mengatasi mana-mana pemain Real.
Real memenangi 12 piala dengan Raul, termasuk enam liga dan tiga Piala Eropah.
Di Stefano yang bermain di Real dari 1953-64, mengetuai lima gol termasuk empat musim berturut-turut dari 1955-59.
Pencapaian Raul juga mendapat penghargaan daripada pemain antarabangsa Itali, Alessandro Del Piero dan Paolo Maldini.
“Tiga ratus sembilan gol merupakan satu keputusan yang bersejarah, unik dan menakjubkan.
“Dia seorang juara yang hebat yang menunjukkan mutu yang menakjubkan selama beberapa tahun dan akan terus melakukannya buat satu masa yang panjang,” kata Del Piero kepada agensi berita Efe.
Maldini pula berkata, Raul kepunyaan ‘satu bangsa juara yang luar biasa’.
“Selain menjadi seorang juara yang hebat di padang permainan, himpunan golnya lebih daripada sebagai bukti pengesahan, dia contoh bagi semua pemain muda yang mahu menjadi pemain bola sepak,” kata benteng AC Milan itu. – AP

Wednesday, February 4, 2009

Hehehehe.....liverpool 2 chelsea o....

hiihhiih....kan da kata.......setakat chelsea tu apalah sangat nya....muahahaha....go go go torres.....you'll never walk alone.....i'm with you......hehehhe, peace....

Sunday, February 1, 2009

Game guitar hero 3 !



Assalamualaikum........hi guys, mungkin ada antara korang yg suka main game guitar hero 3.....but please check info di atas ni........kalo salah harap betulkan ye.....

Liverpool vs chelsea.....


Huhu, hope la my team, The reds menang esok...........go go go Liverpool......setakat chelsea tu tarak hal la..........you'll never walk alone


psstttt: hei Hiffni, kalo kalah wat malu jek....cakap besarrrrrr

Boikot atau x ???

ISRAEL........satu nama yg tidak asing lagi bg kebanyakan umat Islam......sekarang ni, kita di kejutkan dgn berita pencerobohan askar israel ke Gaza semula......antara langkah-langkah proaktif yg kita selalu dengar untuk menentang yahudi ni ialah melalui segmen barang pengguna...... kita diminta boikot barang israel dan amerika.....persoalannya, adakah itu ialah tindakan yg tepat ?

Sebelum kita memboikot barang israel dan amerika, saya mempunyai beberapa persoalan yg timbul di benak saya......

1. Adakah semua barang amerika atau israel perlu di boikot ?
- masalahnya kalo barang pengganti kepada semua brg-brg yg hendak diboikot itu ada takpe mcm syarikat minyak, boikot shell ada petronas tapi kalo boikot cip dalam setiap pc/desktop, intel or amd, x ke haruuu di buat nya......

2. Adakah hanya barang israel sahaja yg perlu diboikot, manakala amerika tidak ?
- rasanya susah hendak jumpa barang direct dari israel di malaysia ni sebab negara kita tidak menjalinkan hubungan diplomatik dengan israel. Kalau ada pun, mesti kes-kes terpencil dimana brg dari israel itu sampai ke amerika then baru dieksport ke malaysia.

3. Katakan saya mempunyai barang yg ada kaitan dengan amerika/israel, perlukah saya membuangnya ?
- huhu, rasanya, windows vista yg saya gunakan ini pun dari microsoft yg mana bill gates keturunan yahudi.....perlukah sy menukar vista ini kepada open source seperti linux.....sape yg pakai nokia, silalah buang dan beli cellphone lain ye

4. Adakah hanya barang atau servis dari syarikat amerika/israel yg MENGISYTIHARKAN syarikat mereka menyokong israel sahaja yg perlu diboikot manakala jikalau syarikat itu tidak menyokong israel tidak perlu diboikot walaupun manager syarikat tu yahudi ?
- starbuck secara terang-terang mengaku yg dorang sokong israel bajingan tu....tapi mcm mana dengan syarikat yg dikuasai oleh yahudi di amerika tetapi tidak menunjukkan yg mereka menyokong israel....sebagai contoh syarikat komputer dell etc....

ini adalah beberapa persoalan yg timbul di benak saya ketika ini........apa-apa pun, hope umat Islam dapat mencipta kejayaan dalam perlbagai bidang terutamanya yg paling penting dalam bidang ekonomi agar kita bebas daripada cengkaman kapitalis yg telah mnyebabkan dunia huru-hara sekarang.....ni la akibat kalau x ikuti ajaran Islam yg mengatakan riba itu haram......huhu, Bank Lehman Brothers yg da establish beratus tahun pun leh bangkrap, general motors pun terpaksa minta bantuan federal reserve..........

pssst: ramai orang yg saya tengok melaungkan slogan boikot barang amerika/israel tapi mereka hisap rokok.........most of the cigarette in m'sia is came from the amerika jews company