Friday, June 6, 2008

Harga minyak naik...quite funny

Assalammualaikum.....

Kita di kejutkan dengan berita kenaikan harga minyak .. harga minyak sebelum ni ialah rm 1.92 seliter...dengan kenaikan yg di umumkan iaitu sebanyak rm 0.78 , ianya menjadikan harga seliter petrol yg baru ialah rm 2.70...huhuhu, bagi saya, ianya suatu kenaikan yg agak tinggi.....sangat2.....

Umumnya, kita mengetahui bahawa kenaikan harga minyak di pasaran berkait-rapat dengan harga minyak di pasaran hadapan dunia iaitu sekitar usd 130 setong....

2-3 hari sebelum kenaikan harga minyak ini, saya membaca di akhbar bahawa harga minyak akan di struktur semua menjelang ogos ini....rasanya ramai juga yg perasan kan, tup-tup, dengan tetiba, tanpa angin, tanpa ribut, sy benar-benar terkejut dengan berita kenaikan itu.....

uiks, apa ni ? janganlah memain....kejap bulan ogos, tengok-tengok.....bulan ni jugak.....memainkan rakyat ke ?

Lagi satu hal......start dari minggu lepas, heboh d canangkan bahawa semua stesen minyak di sempadan yg dalam lingkungan 50 km dari sempadan negara dilarang menjual minyak kepada mana-mana kenderaan asing berkuatkuasa jumaat lepas ( skang ni ari khmis ).....maka, semua lapisan rakyat menyambut baik cadangan kerajaan itu kerana ianya dapat menyekat sedikit-sebanyak rakyat asing dari menikmati subsidi kerajaan.......alih-alaih, larangan itu dilanjutkan 3 ari kepada ari isnin lepas.....tup-tup semalam, kerajaan kata larangan itu di tarik balik......x sampai seminggu pun......muahahahahahhahahha......kelakar la......kejap nak buat, kejap tangguh, alih-alih, x jd......hihihihi

Sunday, June 1, 2008

AUKU akan dipinda ?

AUKU.....apa itu AUKU ...... sejenis makanan kah ? spesis panda yg baru ditemui kah ? .....mengapa apabila kita membicarakan topik AUKU , ianya tidak dapat di pisahkan daripada politik ? ........mengapa apabila kita membicarakan sebab-sebab orang muda zaman sekarang tidak sehebat pemimpin zaman dahulu, kita sering menyalahkan AUKU ? .....seolah-olah , AUKU itu menghalang remaja-remaja daripada menjadi pemimpin yg berkaliber......ianya seolah-olah meletakkan semua kesilapan, ketidakupayaan dan ketandusan idea daripada remaja2 sekarang berpunca daripada AUKU.....adakah betul AUKU itu penyebabnya ? adakah dengan berpolitik , remaja-remaja boleh memberikan buah fikiran mereka kepada dunia luar ? ....maknanya, kerana AUKU, remaja-remaja pada hari ini gagal dan tidak mempunyai tempat atau medium untuk menyampaikan sokongan, pemikiran mereka ? .........bagi saya , dengan melihatkan negara-negara luar yg penuh dengan kacau-bilau yg di cetuskan oleh anak-anak muda mahasiswa yg selalu mengadakan dem0ntrasi jalanan, bukankah kewujudan AUKU itu suatu perkara baik walaupun banyak yg membantahnya.......ambil contoh indonesia....apa sahaja perkara yg mahasiswa nya x puas hati, mereka akan sampaikan dengan mengadakan demontrasi jalanan....ya, memang bagus dari segi hak kebebasan bersuara, tetapi mcm mana pula dengan hak mereka-mereka yg tidak mahu demontrasi jalanan berlaku di negara mereka ? .... rasanya, amat wajar sekali kerajaan meminda undang-undang yg membabitkan AUKU daripada menghapuskannya.....rasanya banyak lagi yg ingin saya tambah....but i don't have enough time rite now.....