Friday, June 6, 2008

Harga minyak naik...quite funny

Assalammualaikum.....

Kita di kejutkan dengan berita kenaikan harga minyak .. harga minyak sebelum ni ialah rm 1.92 seliter...dengan kenaikan yg di umumkan iaitu sebanyak rm 0.78 , ianya menjadikan harga seliter petrol yg baru ialah rm 2.70...huhuhu, bagi saya, ianya suatu kenaikan yg agak tinggi.....sangat2.....

Umumnya, kita mengetahui bahawa kenaikan harga minyak di pasaran berkait-rapat dengan harga minyak di pasaran hadapan dunia iaitu sekitar usd 130 setong....

2-3 hari sebelum kenaikan harga minyak ini, saya membaca di akhbar bahawa harga minyak akan di struktur semua menjelang ogos ini....rasanya ramai juga yg perasan kan, tup-tup, dengan tetiba, tanpa angin, tanpa ribut, sy benar-benar terkejut dengan berita kenaikan itu.....

uiks, apa ni ? janganlah memain....kejap bulan ogos, tengok-tengok.....bulan ni jugak.....memainkan rakyat ke ?

Lagi satu hal......start dari minggu lepas, heboh d canangkan bahawa semua stesen minyak di sempadan yg dalam lingkungan 50 km dari sempadan negara dilarang menjual minyak kepada mana-mana kenderaan asing berkuatkuasa jumaat lepas ( skang ni ari khmis ).....maka, semua lapisan rakyat menyambut baik cadangan kerajaan itu kerana ianya dapat menyekat sedikit-sebanyak rakyat asing dari menikmati subsidi kerajaan.......alih-alaih, larangan itu dilanjutkan 3 ari kepada ari isnin lepas.....tup-tup semalam, kerajaan kata larangan itu di tarik balik......x sampai seminggu pun......muahahahahahhahahha......kelakar la......kejap nak buat, kejap tangguh, alih-alih, x jd......hihihihi

No comments: